August 7, 2012

Tahniah Puan Masmizah!!!

Salam 1 Malaysia, 
Tahniah diucapkan kepada pasangan En. Rosli Amat Buhari & Pn. Masmizah Suratmin (Guru SK Datuk Ismail Saadon), kerana telah menerima seorang lagi cahaya mata perempuan, hari ini, Selasa 7 Ogos 2012, bersamaan 18 Ramadhan 1433H. Apa yang menariknya adalah, bayi perempuan tersebut telah selamat dilahirkan di SK Datuk Ismail Saadon, dengan bantuan dari pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2, bersama beberapa guru-guru yang turut membantu. Berikut dipaparkan wajah anak perempuan pasangan berkenaan:



Sekali lagi, tahniah kepada pasangan ini. Terima kasih tidak terhingga, kepada guru-guru dan juga para jururawat Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2, kerana memberikan khidmat dan kerjasama yang padu bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita mendoakan kebahgiaan dan kesejahteraann bagi semua warga SK Datuk Ismail Saadon, dan Felda Air Tawar 2 khasnya. Terima Kasih.

p.s: Guru Besar teramat suka dengan berita ini, maklumlah dah jadi datuk hehehe

July 23, 2012

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Salam 1 Malaysia, disini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah di Bulan Ramadhan ini. Hari ini (Isnin) juga merupakan hari pertama persekolahan di dalam bulan Ramadhan. Oleh itu kuatkan minda, dan cekalkan hati dalam menghadapi sebarang dugaan di sepanjang melakukan ibadah puasa. Kepada murid tahun 6, cikgu doakan semoga anda semua mendapat keputusan yang baik bagi UPPM 3 minggu ini. Disini cikgu persembahkan sedikit video Niat Puasa dari Raihan, semoga terhibur...


July 10, 2012

Senamrobik 1M1S 2012

Salam 1 Malaysia kepada semua, berikut merupakan sedikit bingkisan mengenai Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012 yang telah berlangsung pada 10 Julai 2012 secara serentak di seluruh Malaysia. Kami warga SKDIS amat berbangga kerana telah sekali lagi menjadi sebahagian daripada sejarah. Terima kasih kepada semua warga sekolah, pibg, Generasi ke-2 dan murid-murid yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Tahniah semua!!!


Senamrobik 1M1S 2012 Slideshow: SKDIS.com’s trip to Kota Tinggi (near Pasir Gudang), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Cambridge Placement Test 2012

Salam 1 Malaysia kepada semua. pada 10 Julai 2012, kesemua guru Bahasa Inggeris opsyen dan bukan opsyen telah mengikuti sebuah ujian dinaman Cambridge Placement Test atau CPT yang dijalankan secara serentak bagi semua sekolah di dalam daerah Kota Tinggi. Berikut adalah beberapa paparan yang sempat diambil semasa ujian tersebut berlansung.


Cambridge Placement Test 2012 Slideshow: SKDIS.com’s trip to Kota Tinggi (near Pasir Gudang), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

July 7, 2012

Gotong Royong Perdana 2012

Salam 1 Malaysia,
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu-bapa, ajk pibg, guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara lansung dan tidak lansung di dalam penganjuran Gotong Royong Perdana 2012 ini. Semua sumbangan, sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga kerja adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih


Gotong Royong 2012 Slideshow: SKDIS.com’s trip to Kota Tinggi (near Pasir Gudang), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

June 22, 2012

Hari Terbuka 2012

Salam 1 Malaysia, berikut merupakan sedikit paparan mengenai Hari Terbuka yang telah dijalankan pada 22 Jun 2012. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua ibu-bapa yang hadir pada majlis tersebut.


Hari Terbuka 2012 Slideshow: SKDIS.com’s trip to Kota Tinggi (near Pasir Gudang), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

June 21, 2012

Majlis Titipan Budi Harum Berzaman 2012

Salam 1 Malaysia, berikut merupakan paparan bagi Majlis Titipan Budi Harum Berzaman 2012 yang telah berlansung pada 21 Jun 2012. Antara guru yang diraikan adalah GPK Petang, Pn. Rokiah Ahmad, dan 2 orang guru akademik iaitu: Pn Norzaihan Zakaria dan Pn Siti Norrihan Abd Majid


Majlis Perpisahan Norzaihan, Siti Norrihan & pn. Rokiah Slideshow: SKDIS.com’s trip to Kota Tinggi (near Pasir Gudang), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

June 16, 2012

Program Kecemerlangan UPSR Zon Air Tawar 2012

Berikut merupakan paparan bagi Program Kecemerlangan UPSR Zon Air Tawar 2012 yang telah dijalankan di SK Layau, Kota Tinggi pada 16 Jun 2012


Program Kecemerlangan Upsr Zon Air Tawar 2012 Slideshow: SKDIS’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to Daerah Kota Tinggi (near Pasir Gudang) was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

May 25, 2012

Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2012

Salam 1 Malaysia kepada semua... Berikut adalah paparan khas, murid-murid yang terlibat di dalam Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2012, yang telah berlansung pada 25 hingga 27 Mei 2012 di SMK Air Tawar, Felda Air Tawar 2.


Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2012 Slideshow: SKDIS.com’s trip to Kota Tinggi (near Pasir Gudang), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

May 7, 2012

Persembahan Action Song bagi English Carnival District Level 2012

Berikut dipaparkan beberapa rakaman gambar dan video, persembahan pasukan sekolah yang menyertai pertandingan Action Song bagi English Carnival District Level 2012. Sukacita dimaklumkan bahawa, pasukan sekolah telah mendapat tempat ke 3 di dalam pertandinga tersebut:

May 3, 2012

Persembahan Coral Speaking bagi English Carnival District Level

Berikut dipaparkan rakaman gambar dan video, persembahan pasukan sekolah yang telah menyertai Coral Speaking Phase 2 bagi English Carnival District Level Kota Tinggi 2012. Walaupun gagal mendapat tempat, tahniah diucapkan kepada para peserta: