August 7, 2012

Tahniah Puan Masmizah!!!

Salam 1 Malaysia, 
Tahniah diucapkan kepada pasangan En. Rosli Amat Buhari & Pn. Masmizah Suratmin (Guru SK Datuk Ismail Saadon), kerana telah menerima seorang lagi cahaya mata perempuan, hari ini, Selasa 7 Ogos 2012, bersamaan 18 Ramadhan 1433H. Apa yang menariknya adalah, bayi perempuan tersebut telah selamat dilahirkan di SK Datuk Ismail Saadon, dengan bantuan dari pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2, bersama beberapa guru-guru yang turut membantu. Berikut dipaparkan wajah anak perempuan pasangan berkenaan:



Sekali lagi, tahniah kepada pasangan ini. Terima kasih tidak terhingga, kepada guru-guru dan juga para jururawat Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2, kerana memberikan khidmat dan kerjasama yang padu bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita mendoakan kebahgiaan dan kesejahteraann bagi semua warga SK Datuk Ismail Saadon, dan Felda Air Tawar 2 khasnya. Terima Kasih.

p.s: Guru Besar teramat suka dengan berita ini, maklumlah dah jadi datuk hehehe

1 comment:

  1. Tahniah dan selamat berpantang intan.Hari ini dalam sejarah SKDIS...

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda