Sejarah SKDIS

SK. Datuk Ismail Saadon telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1974 dengan nama SK. LKTP Air Tawar 2, Pada awal pembukaannya sekolah ini mempunyai 367 murid dan 11 guru.  Jumlah murid di sekolah ini meningkat setiap tahun.  Oleh kerana kekurangan bilik darjah, murid-murid terpaksa menumpang bangunan sekolah agama, kantin serta balai raya Felda Air Tawar 2.

Pada tahun 1976 sebuah bangunan tambahan telah dibina bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, banguan tersebut dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 1978.  Dengan jumlah murid yang semakin bertambah, pihak pengurusan JKKR Felda Air Tawar 2 telah membiayai sebuah lagi bangunan tambahan.

Sejarah 29 Jun 1985 sekolah ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad serta bertukar nama sekolah kepada SK. Datuk Ismail Saadon sempena mengambil nama seorang wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan ini.

Tahun 1994 sebuah sebuah bangunan dua tingkat telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menampung pelajar yang semakin meningkat.

Kelas Pendidikan Khas maslah pembelajaran telah dibuka pada tahun 2001.  Kelas Prasekolah dibuka pada tahun 2003.  Sekolah ini juga mendapat bangunan makmal komputer dibuka pada tahun 2005.  Bilik akses sekolah pada tahun 2006.  Pada tahun 2007 bangunan tambahan Prasekolah dibina dan beroperasi pada tahun 2008.

Kini, sekolah ini menerima banguan tambahan dua blok empat tingkat di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia menempatkan kemudahan-kemudahan seperti pusat pentadbiran, bilik mesyuarat, bilik guru, bilik khas, kelas dan setor.  Bangunan tersebut dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2011.