April 30, 2012

Kejohanan Bola Jaring MSSJ 2012

Salam 1 Malaysia, 

Pada 27 hingga 29 April yang lalu, SK Datuk Ismail Saadon telah dipilih sebagai Jawatankuasa Perangkaan dan Statistik bagi Kejohanan Bola Jaring MSSJ yang telah dilansungkan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, desaru, Kota Tinggi yang menyaksikan hampir 36 pasukan dari 12 daerah bertanding bagi merebut gelaran juara peringkat negeri disamping mewakili Negeri Johor ke Kejohanan Bola Jaring MSSM, yang dijangka akan berlansung pada bulan Mei 2012 nanti. Berikut adalah beberapa rakaman untuk tatapan semua:

April 26, 2012

English Carnival for Air Tawar Zone - Story Telling Phase One and Two

Salam 1 Malaysia.

Yesterday, 25 April 2012, a competition was held in SK Datuk Ismail Saadon, which is the English Carnival for Air Tawar Zone. Here are the videos of the winners for Story Telling Phase One and Two. The purpose of showing these videos are, to help students to learn on how to present in a story telling competition. We hope students out there could do much better. So without further a due, here are the videos:

April 25, 2012

Karnival Bahasa Inggeris Zon Air Tawar 2012

Salam 1 Malaysia
Sekali lagi SK Datuk Ismail Saadon diberi penghormatan sebagai tuan rumah kepada Karnival Bahasa Inggeris Zon Air Tawar 2012. Karnival kali ini memperlihatkan 13 buah sekolah yang menyaksikan seramai 101 orang murid, telah mengambil bahagian di dalam 3 aktiviti yang dipertandingkan. Antara tujuan karnival ini dijalankan, adalah untuk mencari wakil ke peringkat daerah yang bakal berlansung di SMK Semenchu pada 3 Mei 2012 nanti. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah, Story Telling - Phase 1 dan Phase 2, Public Speaking dan juga Spelling. Berikut merupakan beberapa rakaman aktiviti yang berjalan:

April 23, 2012

Pengemaskinian APDM Sebelum 10 Mei 2012

Berikut merupakan Taklimat APDM untuk rujukan guru-guru. Sila kemaskini maklumat ibu-bapa murid sebelum 10 Mei 2012 untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian.

April 7, 2012

Kejohanan Chess MSSD Kota Tinggi 2012


Salam 1 Malaysia

Pada 6 & 7 April 2012, SK Datuk Ismail Saadon telah menyertai Kejohanan Chess MSSD Kota Tinggi, yang telah dilaksanakan di SMK Linggiu Kota Tinggi. Seramai 8 peserta sekolah kita mengambil bahagian di dalam program berkenaan yang turut disertai oleh hampir 300 peserta lain dari seluruh daerah Kota Tinggi. Seorang dari 8 peserta yang mengambil bahagian telah berjaya terpilih ke peringkat Negeri bagi kategori Perempuan 12. Beliau ialah adik Sharifah dari Tahun 6 Rajin. Syabas dan Tahniah