March 24, 2012

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 37 & Perasmian Pusat Akses Al Irsyad


Salam 1 Malaysia

Pada 24 Mac 2012 yang lalu telah berlansung Mesyuarat Agong PIBG kali ke 37 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Razman bin Ithnain, ADUN Sedili merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi.




Majlis berkenaan turut dihadiri oleh beberapa pegawai PPD Kota Tinggi iaitu:

Pegawai Meja LINUS
En Hesam Bin Kasron


FasiLINUS Literasi
En Mohd Arbain Bin Mohd Ramly

Majlis telah dimulakan dengan beberapa sesi ceramah oleh Pegawai Zoom-A (bagi epembelajaran) dan Wakil FARMINA (bagi sesi kesihatan):

Taklimat oleh Pegawai Zoom-A

Pameran & Ceramah Kesihatan
Wakil FARMINA

Mesyuarat agong kali ini adalah telah diadakan pemilihan baru AJK PIBG bagi sesi 2012/14 dan YDP PIBG yang telah dipilih ialah En Johari bin Hassan, Pengusaha Kantin Sekolah SKDIS:

En Johari diperkenalkan oleh Guru Besar En Md. Sedik

Seperti yang dinyatakan, mesyuarat agong kali ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat kita iaitu, Yang Berbahagia Tuan Hj Razman bin Ithnain. Beliau turut berbesar hati merasmikan Pusat Akses Al-Irsyad yang baru berpindah ke bilik mesyuarat lama SKDIS:




Terima kasih diucapkan kepada YB. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari tuan mantan YDP PIBG, Guru Besar, diikuti YB:


Mantan YDP PIBG
En. Mat Daud bin Abd Majid

Guru Besar
Md. Sedik bin Ab. Hamid

Ucapan Perasmian
YB. Hj Razman bin Ithnain

Majlis turut diwarnakan dengan persembahan dari murid-murid cilik SKDIS:

Tarian Zapin
Oleh murid Tahap 2

Coral Speaking
Murid Tahap 2

Koir
Oleh Murid Tahap 2

Memeriahkan lagi suasana, YB telah berbesar hati menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para bekas AJK PIBG dan juga murid-murid yang mencapai keputusan 5A pada UPSR 2011 yang lalu:


















Terima kasih YB diatas kesudian merasmikan majlis kami. Untuk makluman serentak dengan majlis, turut dijalankan Bengkel Teknik Menjawab Matematik yang dijalankan di Dewan Tahun 6 yang baru. Berikut disertakan galeri gambar untuk tatapan para pembaca:


No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen anda